|
1.
TUJUAN
1.1.
Garis panduan ini
disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka
yang
terlibat dengan amalan seni mempertahankan diri tradisional (silat)
supaya
terhindar dari amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam
yang
sebenar.
2.
PENDAHULUAN
2.1.
Islam amat
menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah.
Segala amalan dan kepercayaan yang tidak
berdasarkan kepada
sumber-sumber asal Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Kepercayaan-kepercayaan
dan amalan-amalan
tertentu dalam masyarakat Islam di Malaysia sedikit sebanyak ada
hubungkaitnya
dengan pengaruh fahaman Anamisme, Dinamisme, Hindu, Buddha dan Syiah
(Ghulu)
yang sebahagiannya telah menjadi darah daging kepada pengamal suci
mempertahankan
diri tradisional (silat).
Oleh itu gari
panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapat mengelakkan
diri dari
terjerumus ke dalam penyelewengan akidah dan syariat Islam. Allah berfirman dalam
surah Yunus, ayat 106:
ولا تدع من
دون الله ما
لا ينفعك ولا
يضرك فان فعلت
فانك اذا من
الظالمين
(سورة
يونس : 106)
Bermaksud:
“Dan
janganlah kamu menyembah apa-apa
yang tidak memberi manfaat dan tidak
(pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat
(yang
demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim”.
2.2.
Dalam sejarah Islam
memang wujud pahlawan-pahlawan yang tekemuka di kalangan para sahabat
Rasulullah s.a.w. Mereka
telah berjuang
menentang Musyrikin Quraisy dan penentang-penentang ajaran Islam dari
kalangan
Munafikin. Antara
sahabat berkenaan
ialah Saidina Ali, Khalid Ibnu Walid, Amru b. As-As, Abu Ubaidah b.
Al-Jarrah,
Saad b. Abi Waqas dan lain-lain lagi.
Di dalam Al-Quran didapati banyak ayat-ayat
yang menunjukkan bahawa perlunya
umat Islam mempersiapkan diri dan kelengkapan senjata serta
kemudahan-kemudahan
yang perlu untuk mempertahankan agama, diri dan negara.
Antaranya ayat 61 surah Al-Anfaal:
وان
جنحوا للسلم
فاجنح لها
وتوكل على
الله انه هو
السميع
العليم
(الانفال
: 61)
Bermaksud:
“Dan jika mereka
(pihak musuh) cenderung kepada
perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta
bertawakkallah
kepada Allah. Sesungguhnya
Ia Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
2.3.
Di dalam ilmu
persilatan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sama ada ketika
hendak
masuk silat, setelah masuk atau selepas tamat dan diijazahkan. Di antara syarat-syarat
tersebut:
(a)
menyediakan pengeras
seperti pulut kuning, limau purut, kain putih, bayaran pengeras dan
sebagainya.
(b)
mandi dengan air
mandian tertentu sebagai lambang membersihkan segala kekotoran zahir
dan batin.
(c)
tidak boleh
meninggalkan sembahyang.
(d)
Tidak boleh banyak
bertanya ketika guru sedang mengajar atau mempersoalkan sebarang
tindakan guru.
(e)
Melakukan gerak silat
membuka atau menutup gelanggang setiap kali memula atau menamatkan
latihan
silat.
2.4.
Guru memainkan peranan
penting di dalam menyampaikan sesuatu ilmu bagi menjamin kesahihan dan
kesempurnaan ilmu tersebut. Di
dalam
ilmu persilatan, guru adalah lambang kesempurnaan.
2.5.
Sesuatu seni
mempertahankan diri tradisional (silat) itu perlulah didasarkan kepada
garis
pandua berikut bagi mengenalpasti ianya terhindar dari perkara-perkara
yang
bercanggah dengan syariat Islam:
(a)
Asal Usul Silat
(b)
Syarat-Syarat Silat
(c)
Guru Silat
(d)
Ikrar Sumpah dan Taat
Setia
(e)
Pantang Larang
(f)
Adab
(g)
Gerak Langkah
(h)
Amalan Dalam Silat
(i)
Pengijazahkan
(j)
Matlamat Silat
3.
GARIS PANDUAN
SILAT DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
3.1.
Asal-Usul Silat
3.1.1.
Demi menjaga kesucian
akidah Islam, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu setiap
individu
atau kumpulan tidak boleh mendakwa bahawa:
(a)
Silat mereka
bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia
atau diambil dari Al-Quran dan Hadis atau berasal dari
amalan para sahabat Nabi s.a.w.
(b)
Teknik atau
pergerakan persilatannya berasal dari
ibadat-ibadat tertentu seperti rukun-rukun sembahyang.
(c)
Seni silat mereka
bersumberkan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w.
atau para anbia yang lain atau para sahabat serta ulama.
3.2.
Syarat-syarat
Silat
3.2.1.
Bagi
mempastikan syarat-syarat di dalam ilmu persilatan tidak bercanggah
dengan
ajaran Islam maka:
(a)
Semua perkara yang
wajib dilakukan atau ditinggalkan oleh
seorang Islam, yang mukallaf tidak boleh dijadikan syarat di dalam silat seperti
sembahyang, puasa,
jangan durhaka kepada ibubapa, sehingga mendatangkan anggapan bahawa
perkara
wajib tersebut menjadi wajib hanya apabila dijadikan syarat.
(b)
Tidak boleh
mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat
yang dipercayai boleh merosakkan pegangan akidah.
(c)
Tidak boleh percaya
kepada sial seperti mandi membuang sial
atau mandi-mandi tertentu yang dikaitkan dengan persilatan.
(d)
Tidak boleh
melakukan gerak silat atau bacaan tertentu yang
mengandungi unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa
makhluk
“ghaib” dalam acara “gerak membuka atau menutup gelanggang”, “’ayat
kebal” atau
“pukulan angin maut” atau sembelih ayam dalam gelanggang.
(e)
Tidak boleh
mentaati guru atau seseorang pada perkara-perkara
yang jelas bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.
(f)
Sebarang syarat
yang bertentangan dengan akidah, syariah dan
akhlak Islam.
3.3.
Guru
Silat
3.3.1.
Guru
silat yang beragama Islam hendaklah bukan terdiri daripada:
(a)
mereka yang
melakukan perkara-perkara syirik, sama ada melalui perkataan, perbuatan
atau
iktikad.
(b)
mereka yang
melakukan maksiat/jenayah dan yang bertentangan dengan moral.
(c)
pemecah
belah masyarakat.
(d)
Mereka yang
mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu.
3.3.2.
Jika
seseorang guru silat hendak melibatkan diri dalam hal agama hendaklah
mengetahui asas-asas agama Islam sama ada fardhu ain atau fardhu
kifayah
seperti rukun Islam, rukun Iman, cara mengerjakan sembahyang dan
sebagainya.
3.3.3.
Guru
silat dilarang memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah
dengan
Islam seperti sihir dan ilmu kebal di dalam ilmu persilatan.
3.4.
Ikrar
Sumpah Dan Taat Setia
3.4.1.
Sumpah
tidak dibolehkan
sebaliknya hanya
ikrar.
3.4.2.
Murid-murid
tidak boleh taat secara membuat tuli kepada guru.
Mereka hendaklah mengikut perintah guru selama
tidak bercanggah
dengan perintah Allah.
3.4.3.
Sumpah
tidak boleh digunakan kepada perkara-perkara yang telahpun diwajibkan
di dalam
Islam seperti bersumpah akan taat kepada ibubapa, bersumpah akan taat
kepada
Allah dan Rasul dan sebagainya.
3.4.4.
Bacaan-bacaan,
amalan dan ikrar yang terdapat di dalam sumpah hendaklah mengandungi
perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan akidah dan syariat Islam
seperti
memuja dewa, atau nama berhala.
3.4.5.
Di
dalam upacara sumpah dan bai’ah sama ada dari segi fizikal atau mental
hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah dan
menjatuhkan
maruah seseorang sebagai umat Islam.
3.5.
Pantang
Larang
3.5.1.
Suatu
pantang larang hendaklah bukan daripada perkara-perkara yang jelas
diwajibkan
di dalam Islam seperti tidak meninggalkan sembahyang, jangan berkelahi
sesama
ahli dan sebagainya.
3.5.2.
Suatu
pantang larang tidak boleh dikaitkan dengan unsur-unsur pemujaan,
meminta izin,
perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk ghaib seperti
larangan
berludah kerana ditakuti tidak menjadi.
3.5.3.
Tidak
boleh memenuhi kehendak pantang larang sehingga melakukan
perkara-perkara yang
ditegah di dalam Islam seperti meninggalkan tanggungjawab sebagai suami
atau
isteri dan sebagainya.
3.5.4.
Perkara-perkara
yang harus dan halal tidak boleh dihukumkan haram.
3.6.
Adab
3.6.1.
Adab
Murid Dengan Guru:
(a)
Guru tidak
boleh menganggap dirinya yang paling mulia dan tidak
pernah bersalah.
(b)
Guru
hendaklah mengelakkan diri dari dianggap orang yang perlu ditaati
secara
mutlak.
(c)
Guru tidak
boleh menganggap orang lain lemah dan lekeh.
(d)
Guru
hendaklah melarang murid-muridnya memuja, mengagung dan taksub
kepadanya.
3.6.2.
Adab
Sesama Murid Seperguruan:
(a)
Seseorang
murid tidak boleh memberikan hak secara khusus kepada murid
seperguruannya
sahaja, seperti memberi ucapan salam, tidak boleh bergaduh sesama ahli
dan
sebagainya.
(b)
Seseorang
murid tidak boleh menanam atau mengapi-apikan perasaan bangga diri dan
taksub
kepada kumpulannya sehingga memandang hina dan negatif kepada orang
lain.
3.6.3.
Adab
Murid Dengan Orang Lain
(a)
Seseorang
murid tidak boleh mengutamakan guru silat dan murid-murid
seperguruannya
sehingga mengabaikan hak dan kewajipannya kepada ibubapa, suami,
isteri, anak
dan ahli keluarga.
(b)
Seseorang
murit tidak boleh memandang rendah dan hina terhadap orang bukan dari
kalangan
ahli silatnya.
(c)
Seseorang
murid yang beragama mesti menjalinkan ikatan persahabatan sama ada
sesama ahli
atau orang lain.
3.7.
Gerak
Langkah
(a)
Gerak langkah silat
tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan
sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama
Allah
atau sifat-sifatNya.
(b)
Gerak langkah silat
tidak boleh diertikan sebagai maksud yang
tersirat daripada ahli atau jasad Rasulullah s.a.w., para malaikat,
nabi-nabi
dan orang soleh.
(c)
Gerak langkah silat
tidak boleh dimaksudkan dengan
perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam atau
perlakuan-perlakuan
ibadat yang tertentu seperti dua kalimah syahadah dan sembahyang.
3.8.
Amalan
Dalam Silat
(a)
Tidak boleh memuja
dan memperhambkan diri kepada sesuatu kuasa
atau peribadi yang boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada
seseorang
seperti hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busut dan sebagainya.
(b)
Tidak boleh
menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi
rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami, objek-objek
tertentu dan
bercampuraduk dengan ayat Al-Quran.
(c)
Tidak boleh
mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami
maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala,
iblis,
syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat
al-Quran.
(d)
Tidak boleh
meninggalkan ibadat-ibadat wajib
yang dituntut di dalam Islam seperti
sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan
amalan silat.
3.9.
Pengijazahan
(a)
Tidak boleh
melakukan isyarat sembah atau gerak tubuh yang
melambangkan ketundukan yang menyamai atau melebihi ketundukan yang
hanya layak
kepada Allah sahaja seperti tidak sembah kepada guru.
(b)
Tidak boleh
melakukan upacara-upacara yang mengandungi
unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan
diri
kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembahkan
sedulang
makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.
3.10.
Matlamat
Silat
(a)
Matlamat silat
hendaklah matlamat yang baik seperti untuk
kesihatan tubuh badan, mendisiplinkan diri, hidup bermasyarakat, untuk
mempertahankan diri dari bahaya dan sebagainya.
(b)
Matlamat silat
tidak boleh:
(i)
Untuk membalas
dendam, menuntut bela, membuat aniaya,
menakut-nakutkan dan mengugut orang lain.
(ii)
Untuk menanam sifat
berani yang keterlaluan sehingga hilang
hormat kepada ibubapa, guru, ahli keluarga dan lain-lain.
(iii)
Untuk memupuk
sentimen perkauman atau taksub golongan/kumpulan
ekstrim agama yang melampau di kalangan ahli.
4.
PENUTUP
Dengan mengikut garis panduan ini
diharapkan para pengamal silat dan seni mempertahankan diri supaya
dapat
menghindarkan diri menyimpang daripada ajaran Islam yang benar, agar
hidup
sentiasa dirahmati Allah S.W.T.
|