Perguruan
Seni Silat Helang Putih Perkasa telah ditubuhkan pada
tahun
1985
dan merupakan sebuah perguruan silat yang terbesar di Sarawak. Nama
Helang Putih Perkasa tiada kaitan dengan apa-apa lagenda atau gerak
laku zahir haiwan tersebut. Ia lebih merupakan istilah yang
melambangkan matlamat perjuangan perguruan silat ini.
Matlamat
perguruan silat ini ialah menjadikan pencak silat sebagai satu wadah
perjuangan umat Islam dan medan mendidik dan mengasuh untuk melahirkan
jiwa dan peribadi yang
bermaruah,
berdisiplin, berani, tahan lasak dan
berkeyakinan.
Mempelajari seni silat memerlukan
ketekunan,
dedikasi dan sifat sabar yang tinggi. Ia perlu dipelajari
secara
berterusan sehingga mahir.
Sabda Rasulullah s.a.w : Allah kasih kepada
hambaNya yang dedikasi, berterusan dan meningkatkan kebolehan dan
bermutu tinggi (Riwayat Ahmad).
Jika ilmu persilatan dipelajari dengan
memenuhi unsur-unsur begini, tidak syak lagi ianya merupakan suatu
ibadah.
Melalui persilatan juga dapat
mendekatkan para remaja dalam memenuhi tuntutan agama. Sebuah perguruan
silat yang unggul memerlukan ilmu persilatan yang mendalam dan
bimbingan agama yang mantap dalam membina ketangkasan dan keyakinan.
Dalam
persilatan akan tumbuh ikatan silaturrahim yang kukuh, sikap
tolong-menolong dan kasih mengasihi amat dalam. Ini adalah satu lagi
konsep ibadah dimana susah sengan sama dirasa.
Perguruan
Seni Silat
Helang Putih Perkasa memupuk semangat ini melalui program
ibadah
seperti solat berjemaah serta aktiviti ceramah dan zikrullah. Ahli-Ahli
perguruan juga menjadikan ibadah korban pada Hari Raya Aidil Adha
sebagai aktiviti tahunan.